BERITA TERKINI![]() Selepas meraikan kejayaan anugerah inovatif dan SINDEX pada tahun 2010, satu lagi berita gembira untuk semua warga smkbkk berikutan kejayaan sekolah mendapat penarafan 5 bintang dalam SSQS 2010. Majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan di PPDKK pada 17/02/2011. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan berharga dan seterusnya memberi satu suntikan bersemangat agar semua warga terus membudayakan pembestarian sekolah pada masa hadapan... |
Pengenalan Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ‘ICT’ di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian,menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer. Rasional Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Sekolah Bestari, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum. Matlamat Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi berjalan lancar. Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan. |
|
